Thursday, 14 June 2012


KASTURI KIJANG .
Sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi (Hadis Riwayat Imam Muslim)
'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Petikan hadis riwayat Al-Bazzar .

APA ITU KASTURI? 

 
Kasturi bertindak sebagai agen penyebar haruman selain  dipercayai mampu menjadikan bau haruman lebih tahan lama dan  dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.
Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.
Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan. (gland or pod) .Kasturi kebanyakannya diperolehi daripada kijang yang terdapat di pergunungan Himalaya,di Wilayah Tonkin di China,Assam di India,Nepal dan Rusia.
Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.
Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.



HUKUM MENGGUNAKAN KASTURI KETIKA SOLAT

Ditanya kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.
Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.
"Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.
"Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Noh.

KENAPA KASTURI KIJANG SANGAT MAHAL?
"Harga kasturi di kawasan asal ia ditemukan sangat mahal mengikut kualiti gred dan keasliannya. Ia boleh mencapai harga sehingga ribuan ringgit sebiji. Beberapa gram butiran kasturi sahaja sudah mencapai harga ratusan ringgit," katanya. Pada awal abad ke 19,nilai 1kg kasturi kering yang berasal dari Wilayah Tonkin bersamaan dengan harga 2kg emas. Sangat mahal kerana sukar untuk didapati.Sebagai contoh,untuk mendapatkan 1kg kasturi,kita memerlukan 30 hingga ke 50 ekor kijang jantan yang mempunyai bintil kasturi tersebut.Jika kita mahukan kasturi dari gred terbaik untuk tujuan komersial dan perubatan pula,untuk mendapatkan 700kg kasturi,kita memerlukan lebih kurang 100ribu ekor kijang jantan yang mempunyai bintil kasturi tersebut.
Oleh kerana spesies kijang yang menghasilkan kasturi sukar ditemui, Saintis  beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan. Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.

KHASIAT HEBAT KASTURI KIJANG
Khasiat kasturi berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan Islam terutamanya Imam Ibnul Qayyim al Jauziyyah RA dan ahli-ahli perubatan Islam, maka KASTURI didapati mempunyai pelbagai khasiat yang hebat, antaranya :-


* Menenangkan hati dan jiwa

* Mencerdikkan akal dan menyihatkan otak

* Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

* Menghilangkan debaran jantung

* Menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma)

* Menyedarkan orang pengsan

* Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh

* Menghilangkan rasa gementar

* Menghilangkan rasa sejuk tubuh

* Mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan pukau.

* Mengelakkan sawan tangis dan sawan malam khususnya untuk bayi dan anak-anak kecil. Sapu di pakaian.

* Memberik kekuatan kepada ruh (khusyu' ketika berzikir dan beribadah). "Dipakai semasa berzikir,membaca al Quran dan tahajjud."

* Mencegah wabak penyakit dan virus.

*Mengamalkan sunnah Rasulullah saw

Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti kasturi dan rose)


KINI KAMI DAPATKAN UNTUK ANDA KASTURI KIJANG JANTAN.
 DIDATANGKAN DALAM 3 VARIASI:
  1)KASTURI AMBAR(susu)
  2)KASTURI HITAM(sesuai untuk perubatan shifa’ /ruqyah)
  3)KASTURI JERNIH.(Wangian yang lebih lembut)

KANDUNGAN 10ml
HARGA: RM 15.00 (tambahan RM5.00 untuk pos ke seluruh MALAYSIA) . Harga ISTIMEWA untuk agen dan pembelian pukal. Hubungi kami untuk keterangan lanjut..
Tambahkan kredit ibadah anda dibulan Ramadhan nanti!! Dan juga meriahkan diri anda dengan wangian sunnah di Aidilfitri !!!

1 comment: