Saturday 31 December 2011

SELAMAT TAHUN BARU & HAPPY NEW YEAR



bersempena kedatangan tahun baru ini, pihak pengurusan PRIMALIFE ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada  pengunjung blog ini, pelanggan-pelangan yang setia, pengguna-pengguna produk, dealer, agen, pembekal dan semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dengan kami. semoga tahun 2012 ini akan memudahkan semua urusan kita dan menjadi tahun yang lebih cemerlang dan berjaya dari tahun 2011.

WE SHARING , WE CARING

salam tahun baru 2012 dari:
pengurusan PRIMALIFE


Wednesday 2 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1432H

Pihak Pengurusan PRIMALIFE mengucapkan  SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA kepada seluruh muslimin dan muslimat. Kepada yang bertuah menjadi tetamu ALLAH di sana, kami mengucapkan selamat beribadat, semoga memperolehi haji yang mabrur.

Salam Aidil Adha dari:
Unit promosi Online  dan seluruh wargakerja PRIMALIFE

Tuesday 25 October 2011

SUSU KAMBING PRIMALIFE TELAH KE LUAR NEGARA

Alhamdulillah..kini susu kambing kolagen PRIMALIFE telah menembusi pasaran luar negara iaitu THAILAND  dan INDONESIA. kini PRIMALIFE telah bersedia untuk berdiri sama tinggi dengan nama-nama besar dalam penghasilan produk-produk berasaskan makanan kesihatan. Buat masa ini pihak PRIMALIFE sedang dalam proses perancangan dengan wakil dikedua-dua negara tersebut untuk mengadakan program-program yang berkaitan.

Tuesday 4 October 2011

PEJABAT OPERASI AKAN BERPINDAH

Untuk makluman semua, pejabat operasi PRIMALIFE akan berpindah ke kawasan komersil Saujana Damansara, Petaling Jaya, Selangor bagi kemudahan operasi syarikat. Maklumat lanjut yang berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terima Kasih.
Pengurusan PRIMALIFE

Monday 12 September 2011

NOMBOR TELEFON HOTLINE PRIMALIFE

Bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan, pihak pengurusan PRIMALIFE telah mendaftarkan satu nombor telefon hotline. Sebarang persoalan berkaitan PRIMALIFE hendaklah dihantar ke nombor tersebut;


                         (+6) 019 - 404 5500

diharapkan dengan adanya perkhidmatan ini akan memudahkan komunikasi antara pihak PRIMALIFE dengan pelanggan.

Sekian, Harap Maklum
Terima Kasih

Saturday 10 September 2011

SENARAI LENGKAP PENGEDAR PRODUK PRIMALIFE

untuk makluman semua laman sesawang (website) rasmi PRIMALIFE masih dalam pembikinan, namun untuk kemudahan anda kami telah mengaktifkan bahagian senarai pengedar PRIMALIFE, Untuk sebarang pesanan produk atau maklumat sila berhubung dengan pengedar berhampiran anda.

alamat(url) : http://www.primalife2u.com/distributor.html



sekian, Terima Kasih..

Thursday 25 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H

Dikesempatan ini semua warga kerja PRIMA LIFE mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,  kepada semua dealer, agen, pengguna dan follower dan pengunjung blog ini. disini kami memohon kemaafan  atas segala salah dan silap serta ketelanjuran kami semasa berurusan dan berinteraksi diantara kita.
kepada tuan/puan yang akan pulang ke kampung, sila berhati-hati di jalan raya, semoga kepulangan tuan/puan akan disambut dengan penuh kegembiraan di aidilfitri ini.

dan jangan lupa" makan makanan untuk kehidupan yang lebih sihat"


Salam Kemaafan, Minal Aizin Wal Faizin
 Dari:
Pengurusan Dan Semua Tenaga Kerja PRIMALIFE








Monday 22 August 2011

Sekadar Perbandingan Sebagai Rujukan..


YANG MANA LEBIH MURAH?..BANDINGKAN HARGA KAMI?

Memandangkan terdapat persoalan berkaitan dengan produk PRIMALIFE  yang dikatakan agak mahal, di sini adalah perbandingan harga secara umum antara susu kambing kolagen PRIMALIFE dengan beberapa jenama terkenal. Harga yang ditunjukan adalah digenapkan kepada RM yang terdekat.


Jenama H* G**t
15 sachet X 21gm = 315gm
Harga RM36.00; RM0.114/gm = RM 2.40/Sachet
Harga RM29.00; RM0.092/gm = RM 1.90/Sachet

Ruj. harga: http://hrgroup2u.com/index.php?option=com_content&view=article&id=188%3Amakanan-tambahan&catid=82&Itemid=140


Jenama Dr. O*E
15 sachet X 20gm = 300gm
Harga RM40.00; RM0.13/gm = RM 2.60/Sachet

Ruj.harga: http://www.dr-one-ind.com/goatsmilk.html


Jenama Dr.G**t
15 sachet X 21gm = 315gm
Harga RM35.00; RM0.11/gm = RM 2.30/Sachet

Ruj.harga: http://nutree-herb.com/index.php?route=product/product&path=40&product_id=91


Jenama H***q
16 sachet X 21gm = 336gm
Harga RM37.00; RM0.11/gm = RM 2.31/Sachet
Harga RM33.00; RM0.098/gm = RM 2.06/Sachet

Ruj.harga: http://luvbudgetcorner.blogspot.com/2010/04/hiraq-marketing-1.html


PRIMALIFE
Kandungan: 650gm
Harga : Runcit RM 45.00; RM0.069/gm = RM 1.44/Sachet
            : Agen RM 27.00; RM0.041/gm = RM 0.87/Sachet.
            : Dealer RM 22.00; RM 0.033/gm = RM 0.71/Sachet
*anggaran satu sachet = 21gram

Ruj.harga: http://primaalliance.blogspot.com/2011/05/pakej-perniagaan-kami.html

Perbandingan ini sekadar rujukan, bukan bertujuan mengalahkan pesaing, Penetapan harga mungkin bargantung kepada bahan tambahan yang terdapat dalam produk tersebut.

**Sumber rujukan harga pesaing: laman web syarikat dan agen online

Monday 8 August 2011

Selamat menjalani ibadah puasa




pihak pengurusan PRIMA ALLIANCE NETWORK mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam terutamnya pengunjung blog ini.

Sekian, Terima Kasih


Friday 29 July 2011

Apa itu Alahan kepada susu lembu (APSL /CMPA)

What is CMPA?
Cow’s milk protein allergy (CMPA) is a reaction to cow’s milk that results from a hypersensitive immune response to one or more milk proteins. CMPA is the most common food allergy that affects babies and kids. Most kids outgrow the allergy when they reach adolescence.
CMPA shows up in a variety of forms. The sign can come on suddenly or over a period of hours to days after ingesting the milk. Symptoms of CMPA includes Respiratory Complaints; coughing and wheezing, Skin Reactions; rashes, eczema and hives, and Digestive Problems; vomiting, diarrhea, and colic. Most kids with CMPA may have more than one symptom. However, all theses symptoms are not specific to CMPA only because they are also symptoms of other medical problems. Therefore, if you suspect that your kid is allergic to cow’s milk protein, please do consult your physician immediately.
In cases of CMPA, Goat milk is a good alternative.
 (http://www.aboutgoatmilk.info/goat-milk/milk-for-life/)

Alahan kepada protein susu lembu (APSL).


APSL adalah tindak balas luar biasa sistem imun terhadap protein yang terdapat di dalam susu rumusan berasaskan susu lembu.
Susu lembu merupakan bahan alahan yang paling umum dihadapi kanak-kanak. Ia mengandungi lebih daripada 30 bahan protein dan banyak antara bahan-bahan ini mampu mencetuskan tindak balas alahan.
Kanak-kanak yang mengalami APSL menunjukkan gejala-gejala alahan sejurus selepas mengambil susu atau produk-produk yang mengandungi susu lembu.
Menurut Pakar Pediatrik, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Choy Yew Sing, terdapat tiga peringkat gejala umum alahan kepada protein susu lembu yang mengakibatkan komplikasi kesihatan pada kulit, usus dan sistem pernafasan.
Peringkat pertama, reaksi APSL segera, iaitu alahan muncul secara tiba-tiba selepas 45 minit meminum susu.
Antara gejalanya termasuk kolik, cirit-birit, muntah-muntah, ruam, ekzema, sesak nafas atau bersin.
Reaksi di peringkat yang kedua muncul antara 45 minit hingga 20 jam setelah meminum susu lembu, yang mana antara gejalanya ialah muntah dan cirit birit.
Manakala reaksi lambat pula ialah gejala alahan muncul 24 jam selepas meminum susu seperti cirit-birit, ekzema, sesak nafas dan bersin.
Kejadian APSL di kalangan bayi dilaporkan antara 0.5 peratus hingga 7.5 peratus. Kejadian ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Sejarah keluarga dipercayai merupakan punca utama yang menyebabkan APSL. Seorang kanak-kanak dipercayai mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap alahan kepada susu lembu jika abang atau kakaknya juga menghadapi alahan yang sama.
Memberi susu rumusan yang berasaskan susu lembu pada usia lebih awal juga dianggap mempunyai kaitan dengan peningkatan kejadian APSL.
“Protein susu telah dibahagikan kepada dua jenis protein utama iaitu kasein dan wei. Kasein ialah protein susu yang paling biasa digunakan dalam industri makanan.
“Proses penghadaman protein akan menghasilkan lebih 100 jenis antigen berlainan yang berpotensi untuk mencetus reaksi alahan. Pecahan setiap protein susu yang dihadamkan ini mungkin akan mencetuskan pengeluaran antibodi tertentu yang seterusnya mengakibatkan tindak balas imunisasi yang berlainan dan kompleks,” katanya.
Menurutnya, jika ibu bapa mengesyaki anak-anak mereka menunjukkan salah satu daripada gejala-gejala yang disebutkan tadi, boleh berhubung segera dengan doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan.
“Adalah penting untuk mendapatkan diagnosis yang tepat sebelum mencuba sebarang cara penyelesaian,” katanya.
Setakat ini menurut Yew Sing, tiada rawatan terhadap kanak-kanak yang menghidapi APSL dan langkah utama untuk menanganinya ialah dengan mengelakkan pengambilan susu lembu dan mengganti-kannya dengan makanan yang bebas daripada protein susu lembu.
 (http://abimuslih.wordpress.com/2008/11/12/susu-soya-bagi-bayi-alahan-protein-susu-lembu/)

Mengapa susu kambing tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah 12 bulan?

"Although goat's milk is discouraged for children under age 12 months because it lacks iron, folate and Vitamin B12, pasteurized and fortified goat's milk can be given to older children".

-petikan : http://pediatrics.about.com/cs/weeklyquestion/a/020602_ask.htm

Wednesday 15 June 2011

SENARAI PENGEDAR PRODUK PRIMA LIFE

STATUS      NAMA KAWASAN  TEL
Dealer  Hajah Baizurah bt Mohd Aris Klang 0193549091
Agen Mohd Zuhairi bin Rosni Shah Alam 0133880210
Agen Mardiana Hanafi Kajang 0173126795
Agen Rosli Karimin Kota Damansara 0163302016
Agen Rohaya Mohd Nor Ulu Tiram 0177699565
Agen Muhammad Faiz Md Said Bandar Baru Bangi 0123827072
Agen Burhanuddin Sulaiman Petaling Jaya 0136052648
Agen Robaayah Binti Mohd Noor Baling 0194608276
Agen Hasan Bin Mat Sg. Petani 0134289660
Agen Khatijah Binti Mohamad Noor Kuala Ketil 0192243423
Agen      Khairul Azhar Bin Ismail             Pulau Pinang           0124024459

* senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, kepada yang berminat untuk menjadi agen @ dealer boleh berhubung terus dengan pihak kami. Untuk mendapatkan Stok produk sila berhubung dengan agen atau dealer kawasan anda. Terima Kasih

Monday 13 June 2011

INFORMASI TAMBAHAN

Health Benefits of Goat Milk
Reports of the health benefits of goat milk have been around for almost as long as people have kept goat herds! Many of these goat milk benefits have been widely accepted for hundreds of years in popular folk medicine lore.
In fact, around the world, when it comes to health, GOATS are probably man's best friend!
However, in this scientific era, proof is often requested to substantiate claims for improvement in medical conditions.
Scientific studies are expensive, however, and you're not likely to find many that cover food substances like goat milk, simply because there's no company that has exclusive selling rights to goat milk to recover the cost!
There are some studies. However, when it comes to testing the benefits of a natural substance like milk, the best scientist is YOU!
It has been observed and recognized for many years in the medical world that a "cure" for an illness in one person doesn't always cure the same disease in another, even with no other obvious factors involved. And, a drug that is safe for the vast majority of people, may inexplicably cause a fatal reaction in some.

Every person's body and environment is unique, and what works for one person may or may not work for another.

So, unless you know that you have a milk allergy (read more about this inProtein in Milk and the Unique Properties of Goat Milk Protein) the only real way to know if goat milk may benefit one of your health issues is to try it for a length of time, and note whether your symptoms improve or not.
Some of the specific health areas that goat milk has been recorded as helping include:
  • asthma
  • eczema
  • recurrent ear infections
  • arthritis
  • irritable bowel syndrome
  • stomach ulcers
  • malabsorption syndrome
  • gout
And, the article, Goats' Milk Is More Beneficial To Health Than Cows' Milk, Study Suggests, shows that goat milk helps with the digestion and utilization of minerals that can help prevent iron deficiency and softening of the bones.
For more information on the details that may explain why goat milk has been credited with helping such an array of health issues, read the articles at Goat Milk Nutrition Facts.
From those articles, you'll see that the chemical composition of goat milk is uniquely situated to promote good health in a variety of ways.
Of course, goat milk also provides all of the well-known health benefits of milk in general, as a good source of calcium, protein and minerals.

*Dipetik dari laman web.

Saturday 7 May 2011

PAKEJ PERNIAGAAN KAMI





Berikut adalah senarai harga bagi produk Susu Kambing Collagen PRIMALIFE:

Harga Jualan runcit :  RM 45 (Semenanjung) / RM 50 (Sabah/Sarawak)

Pakej Perniagaan: (Semenanjung)

1)    Agen - Belian minima 2 carton x RM270 per carton = RM 540


Pakej Perniagaan: (Sabah /Sarawak)

1)    Agen - Belian minima 2 carton x RM320 per carton = RM 640

Terma dan syarat:

1. Tiada had kawasan dan negeri untuk menjalankan perniagaan.
2. Penghantaran percuma dari bandar ke bandar sahaja. Jika luar bandar, lebihan caj pengangkutan akan dikenakan.
3. Terma belian adalah secara tunai/bank-in. Jika melalui cek, hendaklah sehingga cek dijelaskan.
4. Pembayaran boleh dibuat kepada akaun syarikat seperti berikut:

PRIMA ALLIANCE NETWORK
Ac No: 5623  0201 1131 Maybank Islamic Berhad

Sila emailkan butiran pembayaran kepada: sales@primalife2u.com / mail.primant@gmail.com untuk pengesahan.

Penghantaran akan dibuat secepat mungkin (Via courier services).

Wednesday 27 April 2011

MARKETING CONSULTANT DIPERLUKAN

Kami  memerlukan MARKETING CONSULTANT untuk memasarkan produk-produk kami. Insentif Komisen yang menarik dan lumayan . Hubungi kami jika berminat. Peluang terhad kepada 100 permohonan sahaja.

Monday 25 April 2011

The real things has been revealed!

  

Ini adalah gambar terbaru yang telah dinaiktaraf produk SUSU KAMBING dengan KOLAGEN PRIMA LIFE. Stok sedia ada dalam proses pengedaran kepada stokis dan pelanggan yang telah membuat tempahan. Kepada yang berminat boleh dapatkan dengan berhubung terus dengan kami : mail.primant@gmail.com @ 019-4646066, 012-3243290 (Lembah Kelang) 019-4045500 (Utara). Juga boleh dapatkan dari :
1. 019-3374889 (Ikhwan)
2. 012-6310384 (Amir)

Monday 18 April 2011

petikan info tentang kolagen


**petikan info dari :http://en-gb.facebook.com/note.php?note_id=157717574249612

Menghalang kulit menjadi tua pastinya menjadi keinginan setiap insan tapi bagaimanakah caranya untuk mengekalkan kulit cantik dan menghalang penuaan? Dalam meniti peningkatan usia, kulit mengalami pelbagai perubahan yang ketara. Sel kulit membahagi dengan perlahan, lapisan dalaman (dermis) mula menipis, kulit tidak lagi mampu memulih dengan sendiri dan parut luka lambat untuk sembuh.

Dermis mengandungi protein yang dikenali sebagai kolagen dan elastin yang membuatkan kulit tegang dan anjal. Apabila kulit rosak akibat tidak dijaga dan peningkatan usia, penghasilan kolagen yang menurun, kulit akan menjadi kendur dan hilang keanjalan, kemudiannya menggeleber dan membentuk kedutan.

Kolagen juga boleh mengalami cross-linking iaitu penyebab utama kulit berusia. Cross-linking ini disebabkan oleh pendedahan kepada sinar UV yang berpanjangan, radikal bebas dan toksin daripada bahan kimia dan persekitaran. Terdapat beberapa kaedah saintifik yang dikenalpasti boleh mengekalkan kullit cantik dan menghalang penuaan menerusi pendekatan diet.

Mengamalkan Pemakanan yang Sihat ~ Suplemen kolagen ikan adalah salah satu kaedah yang selamat, ideal dan mudah untuk membantu mengekalkan kolagen dalam kulit untuk kulit cantik dan menghalang penuaan. Kolagen inilah yang membantu melambatkan proses penuaan kulit. Kolagen berfungsi dengan meningkatkan kepekatan hydroxyproline (HyPro), sejenis asid amino kolagen yang spesifik, glycine (bertanggungjawab terhadap kelembapan kulit), alanine (Ala), Proline (Pro) dan Asparagine (Asn), asid amino yang menjadikan kulit lembap, tegang dan anjal lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.

Membuang Toksin ~ Asid lemak omega 3 membantu menguatkan saluran darah bagi menjamin darah mencukupi untuk disalurkan ke kulit selain membuang toksin. Kesan ini diperkuatkan lagi dengan soy leciithin yang membantu memperbaiki peredaran darah ke kulit. Persekitaran probiotik yang sihat dan seimbang, serat diet yang cukup dan lapan gelas air sehari penting untuk pembuangan toksin melalui usus. Selain itu, hati yang sihat dan fungsi buah pinggang yang baik juga penting untuk keberkesanan detoksifikasi.

Pemulihan Kulit Berterusan ~ Asid amino penting digabungkan dengan vitamin dan mineral adalah penting untuk memastikan tisu kulit memulih dengan baik agar kulit cantik kekal anjal dan berseri menghalang penuaan.

KEBAIKAN  KOLAGEN IKAN
  • Kolagen merupakan protein penting yang wujud dalam tubuh. Kolagen wujud di kulit (70% dermis kulit), tulang, sendi, saluran darah, tendon, tulang dan menrangkumi 1/3 jumlah protein tubuh bagi mengekalkan kulit cantik, menghalang penuaan dan kesihatan kulit.
  • Terdapat pelbagai jenis kolagen seperti kolagen I, II, III, IV dan sebagainya. Kesemua kolagen adalah 3 polimer rantaian panjang berstruktur helikal dengan MW 300,000 ke 400,000.
  • Peptida kolagen ikan mempunyai molekul ringan dan lebih kecil antara 3,000 – 5,000. Ia mudah diserap ke dalam tubuh.
  • Melalui pengambilan oral, kolagen ikan mudah dihadam usus memandangkan ia hanya polimer peptida.
  • Selepas dihadamkan, ia diserap oleh tubuh dan membentuk semula kolagen yang diperlukan bahagian-bahagian badan seperti tisu sendi, tulang, dermis kulit, saluran darah dan sebagainya. ia juga digunakan sebagai makanan kesihatan untuk osteoarthritis, osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
  • Dalam kajian terbaru, pengambilan oral peptida kolagen menunjukkan sintesis kolagen dalam tubuh lebih baik berbanding pengambilan kolagen. Ini kerana penyerapan yang lebih baik ke dalam usus kecil memandangkan saiz molekulnya yang lebih kecil yang membawa kepada sintesis kolagen yang baik di dalam tubuh. 
info lanjut tentang kolagen dan susu kambing :
1)http://www.classiccollagen.com/collagen_Page.html
2)http://www.classiccollagen.com/goatsmilk_Page.html

Wednesday 13 April 2011

fakta agama dan sains tentang susu kambing


Marilah kita hidupkan kembali SUNNAH RASULULLAH
Baginda suka minum susu kambing,kambing merupakan binatang yang penuh barakah yg ditinggal2kan orang,saperti satu hadis yg diriwayatkan oleh Abu Ubaidah bin Atoq,Rasulallah SAW bersabda bermaksud"Kambing merupakan binatang yg penuh Barakah yg ditinggal2kan orang" Kita sedia maklum kebanyakan Rasul2 dan Nabi2 semuanya pernah menjadi gembala kambing dan tentu ada hikmah disebaliknya yang hanya ALLAH SWT sahaja yg Maha Mengetahui.

Kajian Dr.Javier Diaz Castro,Jabatan Fisiologi ,University Granada mendapati susu kambing mempunyai lebih banyak khasiat untuk kesihatan badan jika dibandingkan dengan susu lembu.Antaranya ialah menolong mencegah ferrponic anaemia(kekurangan zat besi),tulang rapuh dan mencergaskan minda anak2.

Abu Bakr Ar Razi, ilmuan perubatan Islam kurun Ke-9 ada berpesan, "Berubatlah dengan makanan selagi boleh, sebelum berubat dengan ubat".

Saturday 9 April 2011

KHASIAT SUSU KAMBING DAN COLLAGEN


Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa:

1.Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein
Protein) = penyebab utama alahan

2.Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi
berbanding dalam susu lembu

3.Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu
lembu

4.Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja
berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam

5.Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang
asidik

6.Kandungan  gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu
lembu:-

2.1 kali ganda Protein, 2.2 kali ganda  Kalsium,2.0 kali ganda  Zat Besi 2.0 ,2.1 kali ganda  Potasium,3.8 kali ganda  Vitamin A ,2.0 kali ganda  Garam Galian,Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

Apakah kelebihan dan manfaat Susu Kambing?
Merawat Kencing Manis,Sakit Jantung dan Darah Tinggi,Gastrik,Asma
(Lelah),Acute Anemia,Tulang Belakang Reput,Angin Ahmar,Insomnia,Kebas Kaki dan
Tangan, Migrain,Semput,Masalah Keletihan, Masalah Kulit,Masalah Ketika Mengandung dan Kelahiran,Masalah Susah Buang Air,Besar dan Buasir.

Khasiat Collagen:

1. Mengurangkan kedutan.
2. Membantu mengekalkan kecantikan dan awet muda.
3. Memastikan keanjalan dan kesegaran kulit.
4. Melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.


”lebih kandungan dengan harga yang lebih rendah, kualiti setanding jenama terkenal”

Friday 8 April 2011

Produk pertama - Susu Kambing plus Collagen

ini sekadar gambar rujukan. ini adalah design asal. design ini telah dimodifikasi dan kandungan produk telah bertambah kepada 650gm tetapi harga runcit TIDAK berubah iaitu RM45.00

Dari meja pengurusan

PRIMA ALLIANCE NETWORK ditubuhkan pada 8 mac 2011 bagi merealisasikan hasrat kami untuk menceburi bidang perniagaan berteraskan makanan kesihatan dan kecantikan. Syarikat ini ditubuhkan oleh 4 individu yang berpengalaman dalam bidang penghasilan dan pemasaran makanan kesihatan dan produk kecantikan. Beroperasi di Petaling Jaya, Selangor.


PRIMA ALLIANCE NETWORK adalah syarikat pengeluar dan juga pemasar kepada produk yang diformulasikan dan dihasilkan sendiri di bawah jenama PRIMA LIFE. syarikat ini juga mengadakan pengeluaran produk secara Contract Manufacturing (OEM) kepada individu atau syarikat yang berminat samada secara kecil-kecilan (lab scale) ataupun secara besar-besaran (mass production).