Friday 29 July 2011

Apa itu Alahan kepada susu lembu (APSL /CMPA)

What is CMPA?
Cow’s milk protein allergy (CMPA) is a reaction to cow’s milk that results from a hypersensitive immune response to one or more milk proteins. CMPA is the most common food allergy that affects babies and kids. Most kids outgrow the allergy when they reach adolescence.
CMPA shows up in a variety of forms. The sign can come on suddenly or over a period of hours to days after ingesting the milk. Symptoms of CMPA includes Respiratory Complaints; coughing and wheezing, Skin Reactions; rashes, eczema and hives, and Digestive Problems; vomiting, diarrhea, and colic. Most kids with CMPA may have more than one symptom. However, all theses symptoms are not specific to CMPA only because they are also symptoms of other medical problems. Therefore, if you suspect that your kid is allergic to cow’s milk protein, please do consult your physician immediately.
In cases of CMPA, Goat milk is a good alternative.
 (http://www.aboutgoatmilk.info/goat-milk/milk-for-life/)

Alahan kepada protein susu lembu (APSL).


APSL adalah tindak balas luar biasa sistem imun terhadap protein yang terdapat di dalam susu rumusan berasaskan susu lembu.
Susu lembu merupakan bahan alahan yang paling umum dihadapi kanak-kanak. Ia mengandungi lebih daripada 30 bahan protein dan banyak antara bahan-bahan ini mampu mencetuskan tindak balas alahan.
Kanak-kanak yang mengalami APSL menunjukkan gejala-gejala alahan sejurus selepas mengambil susu atau produk-produk yang mengandungi susu lembu.
Menurut Pakar Pediatrik, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Choy Yew Sing, terdapat tiga peringkat gejala umum alahan kepada protein susu lembu yang mengakibatkan komplikasi kesihatan pada kulit, usus dan sistem pernafasan.
Peringkat pertama, reaksi APSL segera, iaitu alahan muncul secara tiba-tiba selepas 45 minit meminum susu.
Antara gejalanya termasuk kolik, cirit-birit, muntah-muntah, ruam, ekzema, sesak nafas atau bersin.
Reaksi di peringkat yang kedua muncul antara 45 minit hingga 20 jam setelah meminum susu lembu, yang mana antara gejalanya ialah muntah dan cirit birit.
Manakala reaksi lambat pula ialah gejala alahan muncul 24 jam selepas meminum susu seperti cirit-birit, ekzema, sesak nafas dan bersin.
Kejadian APSL di kalangan bayi dilaporkan antara 0.5 peratus hingga 7.5 peratus. Kejadian ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Sejarah keluarga dipercayai merupakan punca utama yang menyebabkan APSL. Seorang kanak-kanak dipercayai mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap alahan kepada susu lembu jika abang atau kakaknya juga menghadapi alahan yang sama.
Memberi susu rumusan yang berasaskan susu lembu pada usia lebih awal juga dianggap mempunyai kaitan dengan peningkatan kejadian APSL.
“Protein susu telah dibahagikan kepada dua jenis protein utama iaitu kasein dan wei. Kasein ialah protein susu yang paling biasa digunakan dalam industri makanan.
“Proses penghadaman protein akan menghasilkan lebih 100 jenis antigen berlainan yang berpotensi untuk mencetus reaksi alahan. Pecahan setiap protein susu yang dihadamkan ini mungkin akan mencetuskan pengeluaran antibodi tertentu yang seterusnya mengakibatkan tindak balas imunisasi yang berlainan dan kompleks,” katanya.
Menurutnya, jika ibu bapa mengesyaki anak-anak mereka menunjukkan salah satu daripada gejala-gejala yang disebutkan tadi, boleh berhubung segera dengan doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan.
“Adalah penting untuk mendapatkan diagnosis yang tepat sebelum mencuba sebarang cara penyelesaian,” katanya.
Setakat ini menurut Yew Sing, tiada rawatan terhadap kanak-kanak yang menghidapi APSL dan langkah utama untuk menanganinya ialah dengan mengelakkan pengambilan susu lembu dan mengganti-kannya dengan makanan yang bebas daripada protein susu lembu.
 (http://abimuslih.wordpress.com/2008/11/12/susu-soya-bagi-bayi-alahan-protein-susu-lembu/)

Mengapa susu kambing tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah 12 bulan?

"Although goat's milk is discouraged for children under age 12 months because it lacks iron, folate and Vitamin B12, pasteurized and fortified goat's milk can be given to older children".

-petikan : http://pediatrics.about.com/cs/weeklyquestion/a/020602_ask.htm