**petikan info dari :http://en-gb.facebook.com/note.php?note_id=157717574249612
Menghalang kulit menjadi tua pastinya menjadi keinginan setiap insan tapi bagaimanakah caranya untuk mengekalkan kulit cantik dan menghalang penuaan? Dalam meniti peningkatan usia, kulit mengalami pelbagai perubahan yang ketara. Sel kulit membahagi dengan perlahan, lapisan dalaman (dermis) mula menipis, kulit tidak lagi mampu memulih dengan sendiri dan parut luka lambat untuk sembuh.
Dermis mengandungi protein yang dikenali sebagai kolagen dan elastin yang membuatkan kulit tegang dan anjal. Apabila kulit rosak akibat tidak dijaga dan peningkatan usia, penghasilan kolagen yang menurun, kulit akan menjadi kendur dan hilang keanjalan, kemudiannya menggeleber dan membentuk kedutan.
Kolagen juga boleh mengalami cross-linking iaitu penyebab utama kulit berusia. Cross-linking ini disebabkan oleh pendedahan kepada sinar UV yang berpanjangan, radikal bebas dan toksin daripada bahan kimia dan persekitaran. Terdapat beberapa kaedah saintifik yang dikenalpasti boleh mengekalkan kullit cantik dan menghalang penuaan menerusi pendekatan diet.
Mengamalkan Pemakanan yang Sihat ~ Suplemen kolagen ikan adalah salah satu kaedah yang selamat, ideal dan mudah untuk membantu mengekalkan kolagen dalam kulit untuk kulit cantik dan menghalang penuaan. Kolagen inilah yang membantu melambatkan proses penuaan kulit. Kolagen berfungsi dengan meningkatkan kepekatan hydroxyproline (HyPro), sejenis asid amino kolagen yang spesifik, glycine (bertanggungjawab terhadap kelembapan kulit), alanine (Ala), Proline (Pro) dan Asparagine (Asn), asid amino yang menjadikan kulit lembap, tegang dan anjal lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
Membuang Toksin ~ Asid lemak omega 3 membantu menguatkan saluran darah bagi menjamin darah mencukupi untuk disalurkan ke kulit selain membuang toksin. Kesan ini diperkuatkan lagi dengan soy leciithin yang membantu memperbaiki peredaran darah ke kulit. Persekitaran probiotik yang sihat dan seimbang, serat diet yang cukup dan lapan gelas air sehari penting untuk pembuangan toksin melalui usus. Selain itu, hati yang sihat dan fungsi buah pinggang yang baik juga penting untuk keberkesanan detoksifikasi.
Pemulihan Kulit Berterusan ~ Asid amino penting digabungkan dengan vitamin dan mineral adalah penting untuk memastikan tisu kulit memulih dengan baik agar kulit cantik kekal anjal dan berseri menghalang penuaan.
KEBAIKAN KOLAGEN IKAN
- Kolagen merupakan protein penting yang wujud dalam tubuh. Kolagen wujud di kulit (70% dermis kulit), tulang, sendi, saluran darah, tendon, tulang dan menrangkumi 1/3 jumlah protein tubuh bagi mengekalkan kulit cantik, menghalang penuaan dan kesihatan kulit.
- Terdapat pelbagai jenis kolagen seperti kolagen I, II, III, IV dan sebagainya. Kesemua kolagen adalah 3 polimer rantaian panjang berstruktur helikal dengan MW 300,000 ke 400,000.
- Peptida kolagen ikan mempunyai molekul ringan dan lebih kecil antara 3,000 – 5,000. Ia mudah diserap ke dalam tubuh.
- Melalui pengambilan oral, kolagen ikan mudah dihadam usus memandangkan ia hanya polimer peptida.
- Selepas dihadamkan, ia diserap oleh tubuh dan membentuk semula kolagen yang diperlukan bahagian-bahagian badan seperti tisu sendi, tulang, dermis kulit, saluran darah dan sebagainya. ia juga digunakan sebagai makanan kesihatan untuk osteoarthritis, osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
- Dalam kajian terbaru, pengambilan oral peptida kolagen menunjukkan sintesis kolagen dalam tubuh lebih baik berbanding pengambilan kolagen. Ini kerana penyerapan yang lebih baik ke dalam usus kecil memandangkan saiz molekulnya yang lebih kecil yang membawa kepada sintesis kolagen yang baik di dalam tubuh.
1)http://www.classiccollagen.com/collagen_Page.html
2)http://www.classiccollagen.com/goatsmilk_Page.html
No comments:
Post a Comment